KEINGINAN DAN PANTANG LARANG WATAK IMAM HAMAD DALAM NOVEL SRENGENGE DARI PERSPEKTIF LACAN IMAM HAMAD'S DESIRE AND TABOO IN THE NOVEL SRENGENGE FROM LACAN'S PERSPECTIVE

Main Article Content

Choi Se Yoon
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Nurhamizah Hashim

Abstract

Kajian yang bertajuk “Keinginan dan Pantang Larang Watak Imam Hamad dalam Novel Srengenge dari Perspektif Lacan” ini dihasilkan untuk mengkaji kesusasteraan Melayu berdasarkan Teori Psikoanalisis Jacques Lacan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keinginan watak Imam Hamad dalam novel Srengenge (1973) menggunakan Teori Psikoanalisis Lacan. Pada akhirnya, semua analisis kajian ini akan membuktikan dua cadangan terkenal Lacan, iaitu cadangan pertamanya ialah "Ketidaksedaran adalah wacana yang Lain." dan cadangan keduanya pula ialah "Keinginan manusia adalah keinginan yang Lain.” Menurut Lacan, keinginan manusia berasal dari yang Lain, dan ketidaksedaran manusia terbentuk di bawah pengaruh yang Lain. Tiga peringkat keinginan yang ingin dianalisis dalam kajian ini, iaitu asal-usul keinginan, kebangkitan keinginan, dan hasil keinginan, akan menjadi proses melihat sifat keinginan watak terpilih. Selain itu, kajian ini memfokuskan pada analisis keinginan Imam Hamad dari perspektif Teori Psikoanalisis Lacan dengan merujuk kepada kajian Freud mengenai pantang larang. Oleh itu, kajian ini akan menyatakan tafsiran baru analisis keinginan berbeza daripada kajian lepas. Melalui analisis keinginan watak Imam Hamad ini, cadangan pertama Lacan terbukti bahawa ketidaksedaran watak tercipta bawah pengaruh wacana yang Lain. Selain itu, cadangan kedua Lacan telah terbukti bahawa keinginan watak yang terpilih dicipta oleh menginginkan keinginan yang Lain. Hasilnya, novel Srengenge ini menunjukkan bahawa dunia minda manusia tidak pernah terlepas daripada kekuatan graviti pantang larang dan animisme yang menjadi asas agama primitif. Kajian ini merupakan kajian pertama dalam kesusasteraan Melayu yang menggunakan Teori Lacan. Melalui kajian ini, diharapkan agar hasil kajian ini dapat digunakan dan dimanfaatkan oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang yang berminat untuk mengkaji karya-karya sastera Melayu menggunakan Teori Lacan.



Kata Kunci: keinginan; pantang larang; Shahnon Ahmad; Srengenge; Teori Psikoanalisis Lacan; Yang Lain


This study, titled “Imam Hamad's Desire and Taboo in the Novel Srengenge from Lacan's Perspective”, was conducted to study Malay literature based on Jacques Lacan’s psychoanalytic theory. This study aims to analyze Imam Hamad's desire in the novel Srengenge (1973) using Lacan's Psychoanalytic Theory. In the end, all the analysis of this study will prove two famous propositions of Lacan, namely his first proposition is "The unconscious is the discourse of the Other." and the second proposition is "Man's desire is the desire of the Other.” According to Lacan, human desire originates from the Other, and human unconscious is formed under the influence of the Other. The three stages of desire to be analyzed in this study, that is, the origin of desire, the awakening of desire, and the result of desire, will be the process of looking into the nature of the desire of the selected characters. In addition, this study focused on analyzing Imam Hamad's desire from the perspective of Lacan's desire theory by referring to Freud's research on taboo. In this way, this study attempted a new interpretation method of desire analysis different from previous studies. Through the analysis of this character Imam Hamad’s desire, Lacan's first proposition is proven that the character's unconsciousness is created under the influence of the discourse of the Other. In addition, Lacan's second proposition has been proven that the desire of the chosen character is created by desiring the desire of the Other. As a result, this novel Srengenge shows that the world of the human mind has never escaped the gravity of taboo and animism which is the basis of primitive religion.This study is the first study in Malay literature that uses Lacan's Theory. Through this study, it is hoped that the results of this study can be used and benefited by future researchers who are interested in studying Malay literary works using Lacan's Theory.



Keywords: desire; taboo; Shahnon Ahmad; Srengenge; Lacan's Psychoanalysis; the Other

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Choi Se Yoon, Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, & Nurhamizah Hashim. (2023). KEINGINAN DAN PANTANG LARANG WATAK IMAM HAMAD DALAM NOVEL SRENGENGE DARI PERSPEKTIF LACAN: IMAM HAMAD’S DESIRE AND TABOO IN THE NOVEL SRENGENGE FROM LACAN’S PERSPECTIVE. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 6(1), 44–59. Retrieved from https://ajap.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/48302
Section
Articles