PEMETAAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERASASKAN GIS

Authors

Keywords:

GIS, Inverse Distance Weighted (IDW), bekalan air bersih, UMS

Abstract

Kegawatan dalam bekalan air bersih terhadap sesuatu kawasan setempat boleh memberi kesan kepada manusia dalam pelbagai aspek. Oleh itu, kajian ini dijalankan dengan memfokuskan kepada pemetaan gangguan bekalan air bersih yang berlaku di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggunakan GIS. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan pengaplikasian ‘Geographic Information System (GIS)’ melalui teknik interpolasi ‘Inverse Distance Weighted (IDW)’ dalam perolehan dapatan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gangguan bekalan air bersih di UMS boleh berlaku berpunca daripada beberapa faktor, antaranya ialah bekalan air terhenti (dengan nilai skor min paling tinggi), diikuti oleh tekanan air rendah, kecurian air, kerja penyelenggaran, catuan air, cuaca panas berpanjangan dan bekalan air tercemar. Secara keseluruhannya, ketersediaan bekalan air bersih di UMS pada masa ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam usaha mengekalkan kualiti dan kuantiti air bersih di UMS. Sebagai contohnya, penggunaan air bersih secara jimat-cermat, kurangkan pembaziran air, dan kesedaran tentang kepentingan air bersih di UMS.

Downloads

Published

31-12-2024

How to Cite

PEMETAAN GANGGUAN BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BERASASKAN GIS. (2024). Malaysian Journal of Tropical Geography (MJTG), 50(2). https://ajap.um.edu.my/index.php/MJTG/article/view/54203

Similar Articles

1-10 of 18

You may also start an advanced similarity search for this article.